Thursday, December 20, 2007

KAMPUNG SENAMA

Kampung Senama awal tahun 50an aman dan sentosa. Anak kecil tak faham erti kesusahan hidup kerana makanan sentiasa ada, bila sakit ubat sentiasa ada, dan mainan mainan buatan sendiri sentiasa ada. Abang abang akan sentiasa mengajar cara cara membuat lastik, senapang kayu, pistol buluh, terompet daun, kereta upeh, sangkar burung, busar dan anak panah buluh, meriam kabaid, lawan spider, main getah, main simbang, main masak masak, main kotak rokok, kejar kejar, main teng teng, dan sorok sorok.

Rumah rumah tiada berpagar, laman permainan dari darek ke baruh. Buah rambutan dan jambu, durian dan langsat, manggis dan mangga, sentul dan pulasan, pisang dan tebu, menjadi milik semua asal di izin tuan yang punya. Sayur tak perlu tanam pasal banyak ulam ulam pucuk ada. Ikan di tangkap di sawah yang tak pernah kering air nya. Ayam yang di bela, dan telurnya, hanya dimakan sekali sekala. Daging hanya dimakan ketika mantai atau kenduri kahwin. Inilah dia cara pemakanan yang sihat. Ikan dan ulam hari hari. Tak ada kolesterol, darah tinggi atau kencing manis. Anak anak tak komplen.

Peti nyanyi ada di satu dua rumah. Radio belum mampu di beli. Keronchong di minati ramai. Filem P Ramlee dan Kasma Booty di tonton di panggung Empire Seremban. Hiburan lain ialah pertunjukkan band polis sekali sekala di padang sekolah URES, dan pertunjukkan wayang gambar 'rimau kurus' oleh Pejabat Penerangan. Rimau kurus adalah logo Malayan Film Unit. Ketika menonton pertunjukan band polis inilah anak anak menjadi 'up close and personal' dengan Benggali bagpipe.Sebelum ini anak anak ditakutkan dengan amaran oleh yang tua iaitu benggali akan datang dengan guni dan sabit untuk memenggal kepala anak anak yang malas mengaji dan mandi pagi.


r dah lalu lun?".

Ketika musim mengair, tanah sawah melaut hingga ke kaki bukit. Waktu inilah anak anak khayal terjun menyelam dalam tobek mencari ikan dan berenang dalam tenggair yang deras, atau ber jacuzzi dalam bonda bonda. Kereta yang terbabas ke bawah jambatan sawah pun boleh tenggelam. Mengubah benih membawa lautan warna hijau muda, yang bertukar tua mengikut usia tanaman. Lautan padi yang masak menguning di celah celah lambaian pokok kelapa menjadi tumpuan para para pelukis water colour dan cat. Ada juga yang pandai menggunakan batang dan daun padi kering ini melakar bentuk lukisan diatas kain hitam yang di frame kan. Sayang karyawan ini pupus dengan tiba nya alat kamera. Musim padi menguning juga mengundang banyak belalang padi, yang menjadi sumber protin tambahan dalam pemakanan orang kampung. Jadi Kampung Senama sudah lebih dulu ada Amazing Race pada zaman 50an itu.

No comments: